Jika merujuk media, mereka merujuk kepada artikel 'BMF scandal ‘extended’ into Malaysian ex-PM Mahathir’s govt – CIA files' oleh portal Asian Correspondent bertarikh 24 Januari 2017.
Artikel itu pula bersama-sama merujuk kepada laporan BBC News bertajuk 'CIA releases 13m pages of declassified documents online' bertarikh 18 Januari 2017.
BBC News ini pula merujuk kepada halaman CIA Freedom of Information Act (FOIA) Electronic Reading Room https://www.cia.gov/library/readingroom/collection/crest-25-year-program-archive yang mengambarkan bahawa dokumen-dokumen yang declassified oleh pihak CIA ialah termaktub di dalam Executive Order 13526 yang membolehkan dokumen-dokumen siasatan yang berusia 25 tahun ke atas diarkibkan dan diakses oleh orang ramai.
The automatic declassification provisions of Executive Order 13526 (formerly EO 12958, as amended) require the declassification of nonexempt historically valuable records 25 years or older. The EO was originally issued in April 1995 and via amendment established 31 December 2006 as the first major deadline for automatic declassification under the "25-year program." By that date, agencies were to have completed the review of all hardcopy documents determined to contain exclusively their equities.
Hampir 13 juta mukasurat dokumen dan 800,000 fail pelbagai isu didunia ini yang declassified oleh CIA telah disiarkan di dalam arkib CIA. Janganlah ada pencacai Pembangkang yang perbodohkan diri dengan mendakwa CIA dapat dedak daripada BN pula!
Rupa-rupanya, banyak lagi dokumen yang boleh kita kanal perihal isu-isu yang berlaku di negara ini termasuk semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Hampir 100 dokumen yang bersangkut paut dengan beliau. Di antaranya :
1. Malaysia : Mahathir Under Pressure
2. Malaysia's Unfulfilled Promise : The New Economy Policy In Arrears.
https://www.cia.gov/library/readingroom/search/site/mahathir%20bmfDan menjadi panas sekarang ialah dokumen bertajuk The Bank Bumiputera Scandal : More Trouble Ahead For Malaysia's Mahathir?
Dokumen 9 mukasurat ini ialah penemuan CIA perihal skandal Bank Bumiputra dan Bumiputra Malaysia Finance (BMF).
"Kerahsiaan siasatan kerajaan, mempertahankan ibarat yang diharapkan di bawah undang-undang kerahsiaan perbankan Malaysia dan tempoh lewat setahun selepas persoalan itu timbul menjejaskan perubahan pengurusan di BMF menjadikan kerajaan disyaki,"Skandal ini melibatkan kos hampir AS$1 bilion (RM2.7 bilion nilai pada tahun 1979) yang melibatkan pinjaman kepada 3 spekulator hartanah Hong Kong di antaranya Carrian Investment Group antara 1979 dan 1983.
Kita juga dikejutkan apabila juruaudit BMF, Jalil Ibrahim yang dihantar untuk menyiasat kes pinjaman tersebut telah dibunuh di Hong Kong.
CIA mendakwa Dr Mahathir mengakui 'amalan sumbangan pinjaman BMF ialah langkah kurang bijak dan berjanji akan bertindak bila penyelewengan pengurusan terbongkar. Walaupun dia berkali-kali menafikan sebarang penglibatan, laporan CIA mendedahkan bahawa berdasarkan bukti mengikut keadaan, skandal itu meluas sehingga ke dalam pentadbiran Dr Mahathir.Ironinya, puak yang paling berpengaruh mengkritik dan meminta diadakan suruhanjaya siasatan diraja perihal skandal BMF ini ialah parti cauvinis DAP yang sekarang sekatil dengan parti Dr Mahathir!
"Sebagai bank milik penuh kerajaan, Bank Bumi dikawal rapi oleh kedua-dua Kementerian Kewangan dan Bank Pusat.
"Tiada keputusan penting dibuat tanpa kelulusan pengetahuan mereka," katanya.
Laporan itu mendakwa tidak mungkin kerajaan tidak sedar pertambahan had pinjaman bank tersebut.
Makanya, kita minta Kit Siang DAP mengulangi gesaan DAP itu sekali lagi bila dia berani dan bukan boneka Dr Mahathir.
Banyak lagi dokumen (25 tahun ke atas) perihal pemimpin dan negara Malaysia yang boleh kita baca di dalam library on-line CIA ini. Di antaranya ialah dokumen rahsia peristiwa 13 Mei 1969 yang telah declassified.
![]() |
Laporan CIA perihal 13 Mei 1969 : Bertarikh 13 November 1970 |
Jika kita buat perbandingan, skandal besar bernilai bilion ringgit berlaku 32 tahun lalu (tahun 1980an), satu kala dimana rakyat hanya boleh mendapat maklumat melalui televisyen dan radio RTM serta beberapa akhbar harian sahaja yang rata-ratanya pro-kerajaan. Dr Mahathir bernasib baik kerana dikala itu ada ISA dan tidak ada whatsapp, facebook, blog dan twitter ibarat hari ini.
SHARE ARTICLE :
0 Response to "Selain Skandal BMF, CIA Dedahkan Beberapa Lagi Dokumen Tentang Tun M"
Posting Komentar