Guan Eng DAP Makan Malam Bersama Pemaju SelepasTragedi Tanah Runtuh?

Kita sedang menonton agresi kerajaan DAP Pulau Pinang yang cuba untuk basuh tangan dan melarikan diri daripada bertanggungjawab terhadap tragedi tanah runtuh yang meragut nyawa 11 orang di Tanjung Bungah.


Ianya bertambah terperinci apabila kita melihat cubaan kerajaan DAP mengalih perhatian dan mengelirukan rakyat dengan menyalahkan Jabatan Alam Sekitar (DOE).

Mereka menyalahkan DOE yang tidak bersetuju projek itu dibina. Di manakah logiknya alasan kerajaan DAP?

Ianya menyerupai A yang tidak bersetuju B memandu kereta tetapi B degil. B pandu kereta juga dan apabila B ditimpa kemalangan, A pula yang dipersalahkan!

Kerajaan DAP kemungkinan besar kecewa kerana tidak dapat menyalahkan kerajaan BN dan terpaksa mengeluarkan alasan-alasan yang dangkal.

Yang dipersoalkan ialah:
1. Zon penampan antara tapak projek dengan penghujung cerun bukit. 
2. Yang paling penting adalah sikap tidak hirau kerajaan Lim Guan Eng DAP terhadap bunyi NGO dan rakyat Pulau Pinang.
Banyak kali kerisauan diutarakan tetapi kerajaan buat bodoh, pekakkan indera pendengaran dan lebih berpihak kepada pemaju.

Memang patutlah DAP ini dipanggil Developers Action Party.

Tapi kini, Gone End bersembunyi di belakang Datuk Bandar dan Exconya. Memalukan!

Dan apabila NGO dan persatuan penduduk bertegas mengkritik kerajaan DAP, mereka dilabel sebagai tali barut dan menyerupai BN.

Lebih bangang lagi adalah NGO-NGO yang bangun bersuara diminta buat parti politik atau gabungan dan bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Kerajaan DAP sudah gila!

Bukan itu sahaja. Lim Guan Eng dilaporkan telah keluar makan bersama pemaju yang terlibat dengan tragedi tersebut?

Itu persoalan yang ditimbulkan oleh Naib Presiden Gerakan yang merujuk kepada gambar yang tersebar di media umum dimana Guan Eng kelihatan makan bersama pemaju itu pada sebelah malam selepas melawat tapak tragedi pada 21 Oktober lalu.

Guan Eng, sila jawab tetapi kalau benar, ia menyampaikan bahawa Guan Eng tidak sensitif kepada sentimen rakyat yang saat itu berduka dan marah kepada pemaju dan kerajaan.

Untuk rekod, konologi projek di Lembah Permai, Tanjung Bungah:

1. November 2014
Permohonan dan pelan kebenaran projek di Tanjung Bungah telah diserah kepada pihak majlis.
2. Januari 2015
DOE menolak permohonan pemaju Taman Sri Bunga Sdn Bhd.

Projek terletak hanya 162 meter daripada tapak penghancuran dan antara 400 sampai 500 meter dari tapak letupan kuari.

Jabatan berkata pembinaan itu juga memerlukan kajian kejuruteraan terperinci kerana melibatkan tebing curam. 
Jabatan Plan Malaysia Pulau Pinang juga tidak menyokong projek kerana peningkatan kepadatan daripada 30 unit per ekar kepada 143 unit per ekar.
3. Februari 2015
Permohonan itu tetap dibentangkan kepada jawatankuasa OSC MBPP.
4. April 2015
Pelan bangunan itu dikirim kepada agensi kerajaan DAP.
5. Mei 2015
Permohonan diberikan kelulusan bersyarat oleh agensi kerajaan DAP.
6. Januari 2016
Pemaju dibenar memulakan kerja.
7. Disember 2016
NGO Penang Forum telah mengambil inisiatif menyediakan dokumen bertajuk

SHARE ARTICLE :

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Guan Eng DAP Makan Malam Bersama Pemaju SelepasTragedi Tanah Runtuh?"

Posting Komentar