'Najis' : Mahathir Hina Najib & Pembangkang Pening Kepala.

Pembangkang bercelaru dan semakin tidak boleh dipercayai.


Terbaru ialah kenyataan Dr Mahathir yang mengelar Datuk Seri Najib Razak sebagai 'Najis'. Kononnya tersasul tetapi kita dapat rasakan bahawa ianya disengajakan.

Lihat video di bawah:


Kita amat kecewa dan membantah keras tindakan Mahathir. Malah, dia sepatutnya tidak merendahkan maruah dia sebegitu hina ibarat pemimpin nakal yang lain.

Seperkara lagi, Lim Guan Eng DAP telah menyatakan bahawa puak nakal 'berjanji akan mengekalkan Skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).'

Kenyataan dia itu bercanggah dengan kenyataan Mahathir Mohamad. Beliau mendakwa kerajaan perlu mengurangkan defisit dengan menghapuskan beberapa polisi sedia ada. Ianya adalah:
1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 
2. Elaun RM300 kepada nelayan. 
3. RM800 untuk pengerusi-pengerusi Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) 
4. Pemberian wang persaraan yang kononnya untuk golongan yang tidak layak.
Maksudnya ialah jikalau puak nakal menang PRU14,
1. 6,320,769 peserta BR1M 2017 mungkin tidak akan lagi mendapatkan dukungan BR1M

2. Seramai 16,000 pengerusi-pengerusi Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tidak akan mendapatkan elaun.
3. Lebih daripada 21,000 nelayan mungkin tidak lagi mendapatkan elaun.
Mahathir juga mendakwa Datuk Seri Najib telah menjejaskan lagi dana kerajaan kerana menaikkan gaji penjawat awam dan menambah jumlah penjawat awam kepada 1.6 juta orang.

Kenyataan itu terperinci bermaksud bahawa Mahathir akan mengurangkan jumlah penjawat awam.

Tidak mengejutkan kerana kenyataan itu selari dengan impian DAP yang mahu mengurangkan jumlah penjawat awam. DAP telah mencadangkan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam”

Projek ini terperinci menunjukan bahawa DAP amat benci dan menyimpan dendam kerana majoriti penjawat awam terdiri daripada kaum Melayu dan Bumiputera.

Mahathir turut mempersoalkan dukungan kepada ribuan umat Islam yang menunaikan fardu Haji.

Mahathir dan puak nakal juga:
1. Tidak mahu emolum penjawat awam dinaikkan. 
2. Tidak mahu gaji minimum RM700 dinaikkan kepada RM1,200. 
3. Pelbagai lagi elaun seumpamanya perlu dikaji semula atau dimansuhkan.
Ironinya, kerajaan PKR Selangor dan kerajaan DAP Pulau Pinang yang telah menaikkan gaji exco-exconya. Maka ialah lebih afdal jikalau Mahathir meminta kedua-dua kerajaan negeri itu membatalkan kenaikan gaji exco masing-masing dahulu.

Malah, Mahathir ibarat tidak faham wacana GST apabila mendakwa 'bayi yang minum susu pun akan dikena cukai'. Padahal, susu formula bayi dikecualikan GST.

Mahathir juga mendakwa kerajaan memperolehi wang melalui penjualan tanah.

Tetapi Mahathir diam diam dan takut mempersoal tindakan kerajaan DAP yang menjual tanah untuk menampung projek yang tidak pernah bermula. RM305 juta wang rakyat telah dipakai untuk laporan projek yang tidak pernah siap tetapi Mahathir tutup mata dan telinga.

Kita juga dapat merasai betapa desperadonya Mahathir apabila mendakwa kononnya '90% dari pengundi yang berdaftar sudah pun nyatakan mereka tolak Najib.'

Sesiapa sahaja akan tersenyum sinis dengan nilai yang dinyatakan itu. Nilai tersebut hanya propaganda Mahathir yang tidak masuk akal.

Kesimpulannya, kenyataan Mahathir ini sudah pasti akan memeningkan puak pembangkang. Besar kemungkinan, pemimpin nakal buat-buat tidak tahu dan enggan menjawab kenyataan itu.

Dan logiknya, jutaan rakyat yang mendapatkan BR1M, penjawat awam, pesara, nelayan, kumpulan yang ditindas dan keluarga mereka sudah pasti akan menolak nakal dan memastikam kerajaan sedia ada menang pada PRU14 nanti.


SHARE ARTICLE :

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "'Najis' : Mahathir Hina Najib & Pembangkang Pening Kepala."

Posting Komentar