Sebelum ini kita dihidangkan dengan keceluparan Lim Guan Eng DAP yang menghina kerajaan. 18 kali perkataan 'gila' telah dia ucapkan semasa ucapan pendek di Himpunan Anti Kleptokrasi.
Baca :Kita juga amat kecewa dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengutuk dan menghina Datuk Seri Najib Razak dan keturunan Bugis. Lihat video di bawah :
Tindakan Mahathir ini secara tidak eksklusif telah menjatuhkan kredibiliti dan maruah beliau. Ianya juga merupakan satu bentuk character assasination yang kurang sihat, melampau dan tidak dapat diterima langsung.
Mana mungkin ada yang bersetuju dengan ucapan tersebut. Inikah perangai seorang pemimpin yang sebelum ini disanjung tinggi oleh rakyat tetapi kini begitu desperado sampai sanggup mengeluarkan kata-kata yang sangat hina?
Mahathir sudah berubah dan terikut-ikut dengan perangai buruk kepemimpinan nakal lain yang begitu mudah menghina orang. Sungguh mengecewakan.
Dalam masa yang sama, Mahathir lupa dengan segala yang dilakukannya. Beliau berkata “kita dapati, dalam masyarakat kita orang yang didapati terlibat dalam amalan rasuah, apabila ditanya mengenainya dia masih bisa tersenyum, seperti tidak lakukan kesalahan berkenaan."
Realitinya, Anwar Ibrahim, rakan politiknya, pernah menuduh Mahathir sebagai perasuah besar dan perompak kekayaan negara Malaysia. Lihat video di bawah:
Lebih memalukan lagi apabila pemimpin nakal telah menuduh Mahathir dengan pelbagai gelaran. Lihat video di bawah:
Ironinya hari ini, mereka pula yang bersekongkol dengan Mahathir. Mereka juga tidak pernah menarik balik segala tuduhan tersebut dan mengharap rakyat terlupa dengan segala wayang murahan mereka.
Sikap nakal ini sangat tidak bertanggungjawab dan mereka tidak patut disokong oleh rakyat Malaysia.
Ini pula ialah surat terbuka kepada Mahathir : BACA
SHARE ARTICLE :
0 Response to "VIDEO : Sejarah Silam Mahathir Terbongkar"
Posting Komentar