Pembangkang Bohong Lagi ! Berkokok Berderai-derai Tapi ..

Nampaknya, puak bandel memang sengaja mengapi-apikan dan mengulangi informasi kitar semula 1MDB biar sentiasa menjadi materi perbualan rakyat walau pun telah banyak kali diperjelaskan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.


Mereka berbohong kononnya Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menolak soalan-soalan yang dikaitkan kepada 1MDB. Padahal, sebanyak 19 soalan berkaitan 1MDB telah dibenarkan untuk dijawab di Dewan Rakyat pada sesi kali ini.

Perkara ini gagal diterangkan oleh puak bandel dengan impian kononnya tiada soalan perihal 1MDB dalam parlimen.
Menurut peraturan mesyuarat Dewan Rakyat 23(C), ia menyatakan sesuatu pertanyaan tidak boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmahan, puji atau keji atau mengandungi kalimah mengelirukan, menyindir atau menyakitkan hati ataupun mengenai apa-apa perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara-perkara remeh.
Kerana itu kita percaya bahawa soalan-soalan lain perihal 1MDB hanyalah sekadar untuk menyegarkan kembali polemik informasi 1MDB yang telah dijawab, malah rasionalisisi dan penstrukturan semula hutang 1MDB juga telah dilaksanakan.

Lebih memalukan ialah tindakan anggota Parlimen PKR mengemukakan saman kepada Pandikar Amin yang telah mencemar nama baik parlimen. Malah,
Perkara 63 (1) menyebut bahawa kesahan apa-apa prosiding di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen atau dalam mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.
Dan keputusan Speaker juga ialah muktamad di bawah peraturan dewan.

Pembangkang sengaja lupa bahawa Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pernah menolak usul-usul wakil rakyat Barisan Nasional sebelum ini. Mereka ini berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumang dengan najis.

Di antaranya ialah permintaan meminta Ketua Menteri Lim Guan Eng bercuti berikutan kes rasuah yang sedang berjalan di dalam mahkamah sekarang ini.

Malah, 4 daripada 5 permintaan ADUN Penanti daripada Parti Ke­adilan Rakyat (PKR), Norlela Ariffin, turut ditolak. Untuk rekod, Lim Guan Eng dan kerajaan DAP negeri telah dimalukan apabila Norlela Ariffin, ADUN PKR menangis teresak-esak meratapi kezaliman kerajaan DAP yang tidak membantu rakyat di tempat beliau.

"Saya tidak faham kenapa kerajaan negeri tidak mendengar duduk perkara rakyat," kata ADUN PKR itu.

Sebenarnya, rakyat sudah tahu kerajaan DAP memang tidak mendengar masaalah mereka, cuma ADUN PKR dan penyokong-penyokong tegar bandel sahaja yang lambat mahu faham.



SHARE ARTICLE :

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pembangkang Bohong Lagi ! Berkokok Berderai-derai Tapi .."

Posting Komentar