Anwar Tidak Bermoral - Mahathir

Portal biro propaganda pembangkang, MalaysiaKini telah melaporkan jawapan Dr Mahathir Mohamad apabila ditanya mengenai kenyataan ia di dalam The Guardian baru-baru ini.


Isunya ialah mengenai perlucutan jawatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri. Di antaranya:
Mahathir juga menafikan pernah mengatakan bahawa seorang yang dituduh homoseksual tidak boleh menjadi perdana menteri. 
"Apa yang saya katakan ialah orang yang telah disabitkan kesalahan tidak boleh menjadi perdana menteri," katanya. 
https://m.malaysiakini.com/news/387808
Penafian Mahathir ini menjadi tanda tanya kerana ianya jauh menyimpang daripada kenyataan asal ia pada tahun 1998 kalau memecat Anwar!

Buktinya:
Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat kerana melaksanakan perbuatan-perbuatan tidak bermoral yang tidak layak dilakukan oleh pemimpin negara, kata Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. 
Perdana Menteri berkata, selama ini Anwar sengaja menonjolkan imej rino dan berpegang kepada pemikiran agama, misalnya dengan menjadi imam dan berkhutbah, tetapi salah laku seks sumbang yang dilakukannya bertentangan dengan imej tersebut. 
Dr. Mahathir berkata, bukti-bukti mengenai perangai tidak bermoral Anwar terlalu kukuh dan ia merupakan punca bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat daripada kerajaan dan UMNO.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0909&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_01.htm
Malah terdapat video-video yang terang menyampaikan alasannya ialah sebetulnya Anwar Ibrahim dipecat iaitu kerana moralnya. Di antaranya:



Kenapa Mahathir sanggup menafikan kenyataannya sendiri?

Tetapi dalam masa yang sama, kenyataan Mahathir yang berkata orang yang telah disabitkan kesalahan tidak boleh menjadi perdana menteri itu sebetulnya terpalik ke muka Anwar Ibrahim sendiri kerana Anwar sedang menjalani hukuman setelah disabitkan dengan kesalahan.

Begitu juga saat Anwar dipenjara kerana salah guna kuasa semasa pemerintahan Mahathir.


SHARE ARTICLE :

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anwar Tidak Bermoral - Mahathir"

Posting Komentar