Kerajaan DAP Zalim Hukum Rakyat Sekali Lagi !

Kerajaan DAP Pulau Pinang bergolak kembali. Sebelum ini kerajaan DAP bertindak zalim kerana menghukum rakyat yang kononnya membazir air.


Kali ini ianya melibatkan ADUN PKR Penanti, Dr Norlela Ariffin yang kecewa selepas peruntukan untuk ia disekat oleh Kerajaan DAP negeri. Pembekuan peruntukan kerajaan DAP itu selepas ia tidak hadir istiadat mengangkat sumpah pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada 29 April lalu.

Jawapan ia yaitu SUK negeri tidak menghantar surat jemputan kepada beliau. Apabila tidak mendapat surat jemputan ia ingatkan hanya Exco dan orang-orang penting yang ada jawatan saja yang di jemput. Maka kerana itu ia terus berada di konvensyen PKR yang diadakan pada hari yang sama.

Norlela juga mendedahkan belum mendapat peruntukan Bri­ged Wanita yang diasaskan kerajaan negeri.

Apabila isu ini panas dan didedahkan oleh pihak media, Timbalan Ke­tua Menteri 1, Datuk Mohd. Ra­shid Hasnon PKR dalam sidang akhbar pula menafikan kerajaan negeri menarik peruntukan wa­jib itu dan meminta Norlela PKR merujuk kepada Pejabat Ketua Menteri berhubung status peruntukannya itu.

Norlela PKR mendakwa Mohd Rashid dan Exco dalam mesyuarat kerajaan negeri yang memberitahu bahawa peruntukkan Q3 ia dan rakan-rakan yang tidak hadir majlis angkat sumpah perlantikan TYT telah ditahan dan Mohd Rashid turut berkata ADUN boleh bangkitkan isu tersebut dalam sidang DUN ahad depan

Kenyataan Norlela itu ternyata benar apabila Mohd Rashid PKR sendiri mengaku bahawa sekatan itu dilaksanakan bagi memberi 'peringatan kepada semua Adun yang gagal hadir ke majlis rasmi' dan peruntukan untuk Q3 pada Ogos ini akan disekat kalau ADUN terlibat tidak menghantar surat ibarat yang diarahkan.

Norlela Ariffin membidas kenyatan TKM1 itu apabila mendedahkan bahawa Mohd Rashid turut serta di mesyuarat PKR apabila Dato' Mansor PKR yang memberi aba-aba hanya Exco dan yang ada jawatan saja yang boleh meninggalkan konvensyen untuk hadir di majlis angkat sumpah TYT.

Kita hairan kenapa Mohd Rashid tidak mempertahankan rakan partinya sendiri di depan Lim Guan Eng DAP. Kenyataan Norlela Ariffin PKR yang bercanggah dengan kenyataan Mohd Rashid ini sudah pasti akan mengakibatkan pelbagai persepsi buruk terhadap PKR Pulau Pinang dan Wan Azizah sebagai Presiden PKR yang juga hebat parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Malah tindakan kerajaan DAP negeri yang membeku peruntukan untuk kepentingan rakyat setempat ini hanya untuk 'memberi peringatan kepada ADUN' juga patuit dikritik.

Dalam isu ini, rakyat tidak bersalah dan mereka tidak patut diseret ke dalam isu ini serta dihukum juga.

Sebelum ini, Lim Guan Eng dan kerajaan DAP negeri juga telah dimalukan apabila Norlela Ariffin, ADUN PKR menangis teresak-esak meratapi kezaliman kerajaan DAP yang tidak membantu rakyat di daerah beliau.

"Saya tidak faham kenapa kerajaan negeri tidak mendengar duduk perkara rakyat," kata ADUN PKR itu.

Sebenarnya, rakyat sudah tahu kerajaan DAP memang tidak mendengar masaalah mereka, cuma ADUN PKR itu sahaja yang lambat mahu faham.




SHARE ARTICLE :


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan DAP Zalim Hukum Rakyat Sekali Lagi !"

Posting Komentar