Perjanjian Sulit Tun M & Kit Siang : Ada Yang Takut !

Isu ini memang pelik dan menyerlahkan sikap sebenar Lim Kit Siang DAP apabila berdepan dengan individu yang amat tahu dengan kerosakan dalaman parti cauvinis DAP.


Individu ini juga yang telah mendedahkan betapa teruknya rasuah dan fitnah rasuah yang tersangat berpengaruh di dalam parti DAP itu.

Dan apabila individu ini mendedahkan perjanjian sulit di antara Kit Siang dengan Dr Mahathir Mohamad, Kit Siang tidak menyaman individu itu tetapi menyaman pula pihak media yang tugasnya hanya sekadar melaporkan gosip sahaja!

Kit Siang DAP dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dan akhbar New Straits Times Press. Tetapi SorosKini MalaysiaKini tidak pula diambil tindakan padahal portal itu juga melaporkan gosip yang sama!

30 Disember 2016 – Tunku Abdul Aziz mendedahkan wujudnya perjanjian sulit di antara Dr Mahathir dan Lim Kit Siang pada 3 Disember 2016. Di antara lain, dia mendakwa perjanjian itu menetapkan bahawa perjanjian iu Mukhriz dan Kit Siang akan diangkat sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana menteri jikalau pakatan nakal menang pilihanraya nanti.
Baca :
Kenyataan Tunku Aziz ini telah dilaporkan di hampir semua media perdana dan juga portal-portal gosip termasuk SorosKini MalaysiaKini.

31 Disember 2016, portal pro-pembangkang SorosKini MalaysiaKini melaporkan kenyataan Tunku Aziz bertajuk 'Dr M, Kit Siang sepakat Mukhriz calon PM - Tunku Aziz'


Apakah Kit Siang akan menyaman SorosKini MalaysiaKini juga atau buat-buat tidak nampak?

1 Januari 2017, Muhkriz Mahathir memberi respons, Beliau mencabar bekas naib pengerusi DAP itu mendedahkan bukti dan sumber perihal isu ini. Dan sekiranya Tunku Abdul Aziz gagal berbuat demikian, Mukhriz kata belisu 'tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadapya'.

4 Januari 2017, Tunku Aziz menjawab balik kenyataan Mukhriz.

Bukan sahaja bersedia untuk disaman, dia turut mencabar Mukhriz dan Kit Siang biar buat akuan bersumpah bahawa mereka tidak pernah bercita-cita menjawat 2 jawatan tertinggi dalam kabinet itu.
"Supaya menjadi jujur dan telus dalam dunia politik, saya menggesa Mukhriz dan Kit Siang membuat akuan bersumpah bahawa mereka berdua tidak pernah bercita-cita mahu menjadi PM dan TPM. Tidak pernah," cabarnya.
Baca :
6 Januari 2017 - Lim Kit Siang buat kenyataan mengarahkan peguamnya mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia dan akhbar New Straits Times. (NSTP).  

Tetapi Kit Siang tidak menyaman Tunku Aziz yang merupakan sumber gosip tersebut.

Lebih pelik lagi apabila Kit Siang memberi jawapan terbelakang apabila ditanya pihak wartawan perihal keenganan dia menyaman Tunku Aziz,
"Sebelum ini ada wartawan bertanya kepada saya mengenai perkara ini dan apabila diberitahu kenyataan itu dibuat Tunku Abdul Aziz, saya katakan saya tidak mahu membuang masa untuk mengambil tahu apa yang dikatakan beliau,” kata Kit Siang.
Kit Siang 'tidak mahu buang masa beri perhatian kepada yang dikatakan Tunku Aziz' padahal laporan gosip yang disiarkan oleh pihak media ialah semuanya merujuk kepada kenyataan Tunku Aziz!
"Apa guna nak saman Utusan dan NSTP, kalau nak saman, samanlah saya alasannya saya yang kata (mendedahkan isu pakatan sulit). Ini menembak pihak yang menyam­paikan mesej, buat apa?
Jelas sekali Kit Siang sudah bangkrap idea dan bermotif politik, saman sana sini, membuat bahaya kepada pihak lain pula, inilah style (cara) DAP sebenar,” kata Tunku Aziz
Malah, Kit Siang juga tidak berani untuk membuat akuan sumpah menafikan dia ingin menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Kepelikan sikap Kit Siang DAP ini sudah pasti mengakibatkan persepsi rakyat bahawa veteran bau tanah DAP itu begitu takut untuk 'menyentuh' Tunku Aziz.

Dan biasanya, apabila seseorang itu menyimpan banyak rahsia peribadi atau sesuatu organisasi, dia ini tidak akan berani 'disentuh'.

Ianya kerana ada pihak yang takut orang ini akan dedahkan segala-galanya sampai boleh memudaratkan pihak itu dan organisasinya. Apakah kerana itu, Kit Siang begitu liat untuk menutup verbal Tunku Aziz dengan menyamannya?

Yang menariknya perihal isu ini ialah Lim Kit Siang mungkin juga tidak akan meneruskan rancangannya untuk menyaman Utusan dan NST.

Ianya kerana walau pun veteran bau tanah DAP itu cuba tidak mahu melibatkan beliau, Tunku Aziz telah berjanji untuk membantu Utusan dan NSTP jikalau kes saman dikemukakan peguam Kit Siang dan dibawa ke mahkamah!

Banyak rahsia yang boleh didedahkan oleh Tunku Aziz dan yang terpaksa didedahkan oleh Kit Siang di dalam mahkamah kerana telah angkat sumpah ! Maka rakyat akan tahu lebih banyak lagi penyelewengan, salahguna kuasa dan keburukan dalam parti DAP.
Baca :
Dengan PRU14 yang semakin hampir dan betapa teruk korupnya parti DAP sekarang, apakah Kit Siang sanggup untuk berdepan dengan kes mahkamah ini dan bekas rakan karib dia dalam parti DAP?

Sanggupkah Kit Siang?

Oleh kerana itu, indah juga jikalau Mukhriz Mahathir meneruskan hasratnya untuk menyaman Tunku Aziz. Maka akan terbongkarlah lebih banyak lagi pekung amis parti cauvinis itu.

Kita juga jangan lupa dengan saman-saman lain yang masih belum dikotakan oleh veteran bau tanah DAP itu : Baca Sini



SHARE ARTICLE :


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perjanjian Sulit Tun M & Kit Siang : Ada Yang Takut !"

Posting Komentar