Sebelum ini, kerajaan DAP mendabik dada dengan beberapa projek super-mewah yang bernilai bilion ringgit. Ada sessi menandatangani projek dan sebagainya. Tetapi ada juga projek-projek yang tidak kelihatan, malah cerucuk besi pun tidak ada.
Pusat Perubatan Pakar didakwa akan dibina di tanah kontroversi Taman Manggis. Permohonan untuk cadangan (RFP) terpaksa dilakukan 2 kali dan syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC) telah menang 'tender' itu pada Februari 2010. Bukan sahaja 'tender' itu dipertikai kerana beberapa syarikat yang memohon tiada kredibiliti, 7 tahun telah berlalu tetapi dimanakah projek itu?
Bagaimana pula dengan projek supermega terowong bawah tanah yang bernilai bilion ringgit wang rakyat? Kita sedia maklum bahawa terowong ini juga akan meliwat segala kesepakatan DAP yang konon memperjuangkan 'no toll' kerana rakyat akan dipaksa membayar tol untuk menggunakan terowong itu.
Projek terowong bawah tanah ini juga menyerlahkan sikap Guan Eng apabila terkantoi. Kos asal yang diumumkan pada tahun 2011 ialah ialah RM4.08 billion tetapi kemudiannya ditukar menjadi RM6.3 bilion dan jawapan Lim Guan Eng ialah kerana “typing error”! Isu ini telah menjadi materi lawak rakyat dan memalukan Guan Eng DAP kerana sebelum itu, terdapat 'counting error' semasa pemilihan CEC DAP!
Dan sekarang, satu lagi projek bilion ringgit wang rakyat Pulau Pinang terpaksa ditangguh! Ianya ialah projek Penang International Technology Park (PITP) dan Business Processing Outsourcing Prime (BPO Prime) yang berjumlah RM11.3 billion.
Perkara ini dibangkitkan oleh Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan ianya merujuk kepada artikel “Penang property projects worth RM11.3b on hold” yang disiarkan dalam TheEdgeMarkets. (http://www.theedgemarkets.com/my/article/penang-property-projects-worth-rm113b-hold)
2. Menurut laporan artikel berkenaan projek ini ditangguhkan untuk satu tempoh yang tidak dapat dinyatakan dengan alasan kekurangan undangan untuk "high quality condominium'.
3. Pertama, alasan yang diberikan agak menghairankan kerana projek BPO dan PITP ini sepatutnya dibangunkan dengan tujuan utama sebagai hub perniagaan untuk “business outsourcing” dan bukannya satu projek pembinaan perumahan atau condominium mewah.
4. Kedua, cadangan pembangunan BPO Prime dan PITP mensasarkan pelabur-pelabur dari luar negara untuk melabur di Pulau Pinang dan BPO Prime dan PITP dirancang untuk memberi fasilitas kepada mereka untuk “work, live and play” di situ. Permintaan tempatan untuk “kondo mewah” seharusnya tidak memberi kesan kepada projek ini kerana sasaran kelompok pembeli-pembeli yang berbeza.
5. Pada 2014, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Temasek Holding Pvt Ltd menandatangani Perjanjian Persefahaman untuk membangunkan BPO dan PITP ini di mana Economic Development Innovations Singapore Pte Ltd (EDIS) akan bertindak sebagai pengurusa utama projek. Semasa majlis menandatangani perjanjian persefahaman tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang telah dilaporkan berkata BPO Prime yaitu projek kepentingan tinggi dan yaitu sebahagian pelan Kerajaan Negeri untuk merubah Pulau Pinang kepada hub “outsourcing” antarabangsa; dan Kerajaan Pulau Pinang berharap untuk menarik lebih banyak pelabur-pelabur antarabangsa ke Pulau pinang.
6. Penangguhan perlaksanaan projek tersebut untuk satu tempoh masa yang tidak ditentukan atau “postponed indefinitely” boleh juga dianggap sebagai membatalkan hasrat untuk meneruskan projek. Pengunduran atau penarikan diri Temasek Holdings, sebuah syarikat pelaburan dari Singapura dari meneruskan pelaburan di Pulau Pinang merupakan tamparan jago kepada Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agong DAP.
7. Justeru itu, saya meminta pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjelaskan samada penangguhan ini berlaku kerana terdapatnya bekalan berlebihan (over-supply) unit-unit perumahan mewah di Pulau Pinang ataupun kerana pelabur-pelabur sudah hilang keyakinan untuk meneruskan pelaburan mereka di Pulau Pinang ataupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah gagal untuk menarik pelabur-pelabur antarabangsa untuk membuat pelaburan di Pulau Pinang?
Datuk Seri Zainal Abidin OsmanApakah Lim Guan Eng berani untuk menjawab sendiri atau pihak lain yang disuruh menjawab soalan ini atau Setiausaha Agung DAP buat-buat tak nampak sahaja?
SHARE ARTICLE :
0 Response to "PROJEK RM11.3 BILLION : APA SUDAH JADI GUAN ENG DAP?"
Posting Komentar