2. Tetapi isunya sangat besar dan boleh ditafsirkan sebagai cubaan PH dan PPBM untuk mengubah sekaligus menghina Perlembagaan Malaysia yang sedia ada.
3. Malah Tun Dr Mahathir sendiri terpaksa berdolak dalih cuba untuk menjawab. Tetapi jawapan dia itu tidak menjawab problem yang ditimbulkan. Akan aku jelaskan dan hairannya, perkara ini tidak pernah menjadi berita!
4. Isunya ialah ihwal perenggan 1 di dalam perjanjian PH - PPBM:
BAHAWASANYA Pakatan Harapan (yang terdiri daripada KEADILAN, DAP dan AMANAH); dan PPBM dengan ini bersetuju dan komited akan perkara - perkara berikut:
1. Berjuang dengan berlandaskan kepada peruntukan dan semangat Perlembagaan 1957/63 terutamanya:
i. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas, aman dan damai di di negara ini sejajar dengan Perkara 3;
5. Persoalannya, apakah benar Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia 'sejajar' seperti yang digariskan dalam perjanjian tersebut atau Pakatan Pembangkang telah mengubah Perlembagaan mengikut cita selera mereka?
6. Jika kita rujuk Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia :
Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan hening di mana-mana Bahagian Persekutuan.
7. Jelas bahawa perkara 3 (1) Perlembagaan menggunakan perkataan 'tetapi' bukannya 'dan' ibarat di dalam perjanjian PH - PPBM. 'Tetapi' ialah satu penggunaan perkataan yang membezakan agama Islam daripada agama-agama lain.
8. Tidak ada perkataan 'bebas' di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia. Yang ada hanya 'aman' dan 'damai' sahaja.
9. 'Bebas' yang ditokok tambah oleh Pembangkang ini juga telah melanggar Perkara 11 (2) Perlembagaan negara. Sebelum ini, aku telah menulis ihwal Perkara 11 (Kebebasan beragama) dalam Perlembagaan Malaysia yang terang menyatakan tiada 'kebebasan total' untuk agama-agama lain:
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.10. Mungkin bagi mereka yang malas untuk menilai akan menganggap bahawa ianya hanya perkataan sahaja dan tidak membawa apa-apa kesan.
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan KualaLumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau doktrin agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
11. Anggapan ini salah kerana pengubahsuaian intipati sebenar Perlembagaan Malaysia ini oleh PH dan PPBM ini membawa kepada pentafsiran yang jauh berbeza dan songsang kalau dibandingkan dengan sebenarnya.
12. Menokok tambah perkataan 'bebas' atau 'dan' oleh Pakatan Pembangkang ini merupakan satu penghinaan, bukan sahaja terhadap Perlembagaan Malaysia tetapi terhadap ketinggian dan kemuliaan agama Islam.
13. Malah, Dr Mahathir sendiri terpaksa menjawab balik problem ihwal pengubahsuaian Perlembagaan yang dibangkitkan oleh blogger
SHARE ARTICLE :
0 Response to "Surat Terbaru Dr Mahathir Yang Belum Disiarkan Oleh Media !"
Posting Komentar