Mahathir Malukan Tian Chua Depan Penyokong PKR

Dalam satu tindakan yang mengejutkan, Tun Dr Mahathir telah memalukan Tian Chua yang sekarang merengkok sebulan dalam penjara kerana melanggar undang-undang.


Lebih sadis lagi, Dr Mahathir berkata demikian semasa perhimpunan lilin solidariti Tian Chua.

Sebelum ini, Tian Chua cuba untuk mengekspolitasikan tindakan dia menarik balik rayuan dan dipenjarakan.

Beliau angkat bakul sendiri dengan mendakwa rayuan ditarik balik kerana ‘beliau sanggup dipenjarakan’ , ‘bersedia membayarnya kalau harga mengubah sistem yang sedia ada bermakna dia perlu ke penjara’ dan pelbagai lagi kata-kata manis.

Rupa-rupanya Tian Chua PKR menarik balik rayuan kerana takut hukuman penjara yang lebih panjang.

Lakonan Tian Chua ini didedahkan sendiri oleh Mahathir di depan penyokong-penyokong Tian Chua. Dr Mahathir dilaporkan berkata Tian Chua kurang keyakinan terhadap sistem perundangan dan sistem kehakiman negara, sehingga terlalu takut untuk merayu.

"Jika kita merayu, hukuman kita mungkin meningkat - (akhirnya kita mungkin dapat) bukan sebulan, tapi lima (bulan)," kata Mahathir.

Jika begitu, tindakan Tian Chua itu bukannya kerana rakyat atau mengubah sistem! Memalukan!

Ahli politik PKR ini juga mendakwa kurang keyakinan terhadap sistem perundangan dan sistem kehakiman negara. Tetapi kita lebih percaya bahawa dia tidak mempunyai barisan peguam yang bisa berhujah mempertahankan beliau.

Dan kalau bercakap kononnya ‘sistem perundangan dan sistem kehakiman negara tidak menyakinkan’, Lim Guan Eng DAP, rakan politik Tian Chua yang kerap menggunakan sistem-sistem ini dengan menyaman pelbagai pihak dan Guan Eng menang dalam beberapa kes mahkamah.

Jika sistem tidak menyakinkan, Guan Eng dan sesiapa sahaja hebat politik Pembangkang tidak mungkin akan menang mana-mana kes.

Dan mana mungkin rakyat akan percaya dengan Tian Chua yang kononnya menentang ‘sistem yang zalim dan korup’ kerana dia sendiri bersekongkol dengan individu yang dia dan pakatan nakal labelkan sebagai kepala rasuah, kronisme, kuku besi, Mahazalim dan Mahafiraun iaitu Mahathir Mohamad.

Habis segala perancangan Tian Chua dan PKR untuk membohongi rakyat ihwal gosip penjara ini. Sia-sia sahaja banduan PKR ini melukis sel penjaranya untuk menagih simpati.

Portal-portal nakal ibarat MalaysiaKini yang begitu giat cuba untuk mempromosikan Tian Chua juga tentu akan berasa begitu ndeso kerana skrip drama murahan Tian Chua dan MalaysiaKini telah didedahkan oleh Mahathir Mohamad.

Penulis yakin rakyat tidak akan terpengaruhi dengan propaganda menagih simpati oleh Tian Chua, PKR dan MalaysiaKini ini dan jangan salahkan UMNO atau BN. Mahathir yang mendedahkannya.

Sikap tidak mematuhi perintah untuk beredar daripada Pulapol ialah satu tindakan ndeso spesialis politik PKR yang tidak patut dicontohi oleh rakyat Malaysia.



SHARE ARTICLE :

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mahathir Malukan Tian Chua Depan Penyokong PKR"

Posting Komentar