Dipaksa Peluk Islam & Isu Kontrak Pengendali Kantin Politeknik : DAP & MalaysiaKini Tidak Bertanggungjawab

Sebelum ini, biro propaganda Pembangkang, SorosKini MalaysiaKini telah melaporkan kenyataan Gopi Krishnan Gopal, seorang pengendali sebuah gerai makanan di Politeknik Seberang Perai (PSP), Pulau Pinang yang mendakwa dia diminta memeluk Islam kalau mahu meneruskan perniagaan.


Bekas jurutera berusia 45 tahun itu mendakwa ketua pentadbiran PSP, yang kini sudah bersuara mengarahkan dia bersama isterinya, Khor Hong Geik, untuk mendapatkan Islam, lapor MalaysiaKini.

Isu ini menjadi viral dan menjadikan fitnah, buruk sangka dan pelbagai komentar yang berbau perkauman menjadi lebih terserlah apabila biro propaganda pembangkang, MalaysaiKini 'mengaku tersilap membuat laporan.'

Agen propaganda nakal itu mengaku “selepas mendapat penjelasan Gopin sebenarnya tidak dipaksa memeluk Islam sebaliknya sekadar diberitahu supaya memeluk Islam."

Yang tidak bertanggungjawabnya ialah pengarang SorosKini MalaysiaKini hanya sekadar 'mengaku kesilapan dan segala kesilapan dan kekeliruan amat dikesali' di hujung kecil di bawah laporan gosip yang telah disunting bertajuk ‘Saya disaran peluk Islam, dakwa pengendali kantin politeknik’.

Lebih memburukkan keadaan apabila Ramasamy yang berjawatan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang cuba berlagak satria tetapi telah menyerlahkan kebodohannya apabila hanya mendengar daripada satu pihak sahaja dan terus membuat tuduhan melulu terhadap pentadbiran Politeknik tersebut.

Ramasamy juga membuat pelbagai tuduhan kononnya ianya berbau perkauman ekstrem dan amat kurang bimbing apabila mengambil kesempatan untuk menyerang kerajaan BN persekutuan. Ramasamy juga dengan jelasnya telah mendakwa kononnya Gobin ialah mangsa perkauman dan juga berkata kononnya` 'Puan Hanum meminta Gobin dan isteri memeluk agama Islam'.

Sikap ndeso dan tidak profesional Ramasamy yang cuba menangguk di air yang keruh ini telah dikritik mahir oleh pelbagai pihak.

Dato' Seri Reezal Merican telah mengambil inisiatif menghubungi pihak pentadbiran Politeknik Seberang Perai dan telah diberi maklum bahawa kontrak semasa mengendalikan gerai-gerai makanan di kantin PSP berakhir pada 30 Jun 2017 dan tender/sebutharga untuk tempoh 2017-2019 telah dipanggil pada bulan Mei yang lalu.

Yang sebenarnya,
1. Bukan kontrak Gopi Krishnan Gopal sahaja yang tamat tetapi kontrak 6 orang pengendali makanan yang lain juga berakhir pada tarikh tersebut. Tidak timbul isu kontrak Gopi ditamatkan oleh PSP kerana dia seorang bukan Islam.
2. Jawatankuasa Sebutharaga PSP yang membuat penilaian ke atas sebutharga telah menolak sebutharga oleh 4 penender (termasuk 3 penender Melayu) kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Borang Sebutharga.
3. Sebutharga Gopi Krishnan Gopal ditolak kerana syarikat dia tidak mempunyai Kod Bidang 040103 Makanan Bermasak Islam yang dinyatakan sebagai syarat utama kelayakan untuk sebutharga pengendali makanan di PSP.
4. Kod Bidang Kementerian Kewangan ini bukan dikhususkan atau dikhaskan untuk orang Islam sahaja sebagaimana Pensijilan HALAL oleh JAKIM. Semua bangsa dan agama boleh memohon untuk mendapatkannya dan akan diberikan kepada semua pemohon yang memenuhi syarat-syaratnya. Ternyata tidak berlaku diskriminasi perkauman dalam kes ini.
Malah, 2 pengusaha kantin Melayu yang beroperasi hampir 10 tahun di PSP juga telah ditamatkan kontrak kerana tidak memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.

DS Reezal juga berkata, agak malang Dr Ramasamy  telah mengeluarkan percakapan yang boleh dianggap sebagai suatu bentuk hasutan, yang kalau tidak dibendung boleh mengwujudkan salah faham dan ketegangan antara kaum dan agama di negara ini.

Beliau juga menasihati dan menyarankan kepada YB Dr Ramasamy supaya tidak mengambil kesempatan untuk mengemis laba politik dengan cubaan untuk meniup sentimen kemarahan kaum India yang beragama Hindu terhadap Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Persekutuan.
Sebagai seorang TKM II dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang YB Dr Ramasamy seharusnya lebih bertanggungjawap dan boleh saja menghubungi pihak Politeknik Seberang Perai secara rasmi untuk mendapatkan penjelasan kedudukan sebenar berkaitan isu tersebut; bukannya dengan memanggil sidang media dan membuat perbagai tuduhan liar dan tidak berasas terhadap beberapa individu serta mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak PSP.

Sebagai seorang TKM dan Exco Kerajaan Negeri YB Dr Ramasamy yang juga bekas seorang pensyarah IPTA, telah bertindak dengan cara sangat tidak professional dalam isu ini. Beliau hanya mendengar dongeng sebelah pihak dan terus membuat kesimpulan dan pre-judgement dia sendiri.
Ramasamy juga tidak patut bermain dengan api perkauman yang boleh mengancam keselamatan dan mengganggu gugat keharmonian serta kestabilan korelasi antara kaum dan agama.

Kita menuntut pihak berkuasa supaya tidak membiarkan portal MalaysiaKini terlepas begitu sahaja setelah membuat laporan yang mencetus konflik sesama rakyat di Malaysia.

Kita juga menuntut supaya Lim Guan Eng dan kerajaan DAP negeri menyiasat dan menghukum Ramasamy kalau perlu, itu pun kalau mereka peduli dengan isu rakyat.



SHARE ARTICLE :

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dipaksa Peluk Islam & Isu Kontrak Pengendali Kantin Politeknik : DAP & MalaysiaKini Tidak Bertanggungjawab"

Posting Komentar