LAWATAN RAJA SALMAN : PEMBOHONGAN MEDIA & PEMBANGKANG

Media sekali lagi cuba untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia. Kali ini sempena lawatan Raja Salman Raja Saudi penjaga 2 bandar suci Mekah dan Madinah ke Malaysia.


Media abnormal ini juga menjadi tumpuan puak bandel negara ini.

The Wall Street Journal telah mendakwa syarikat Saudi Aramco membatalkan pelan kerjasama dengan syarikat Petronas.
Saudi Arabian Oil Co., or Saudi Aramco, has given up plans to partner Malaysia’s national oil company for an up to 89 billion ringgit ($20.1 billion) refining and petrochemicals project in the southern state of Johor, according to three people familiar with the matter.

The world’s largest oil firm concluded that the project led by Petroliam Nasional Bhd. or Petronas, wouldn’t generate sufficient returns after conducting a feasibility study, according to the people.
And true enough. Fitnah jahat media abnormal ini yang menjadi tumpuan puak bandel tanpa mahu memastikan sama ada sumber itu benar atau tidak.


Puak bandel menggunakan kesempatan itu untuk memburuk-burukkan Perdana Menteri dan disambut oleh pencacai-pencacai bandel dengan pelbagai tohmahan dan kata kesat.

Realitinya, laporan media abnormal dan tuduhan tanpa undangan periksa puak bandel ternyata hanya pembohongan dan fitnah sahaja. Satu majlis menandatangani kerjasama di antara Petronas dan Aramco dimeterai secara rasmi serta disaksikan oleh Perdana Menteri DS Najib Razak dan Raja Arab Saudi Raja Salman sempena lawatan baginda ke Malaysia.

Lihat video di bawah :


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas menunjukan bahawa kerjasama ini membawa bersama 2 organisasi yang mempunyai reputasi teguh, rangkaian komersial dalam pasaran berlainan dan pengalaman operasi yang meluas serta trek rekod terbukti dalam memajukan projek mega.

Dan sekarang, projek RAPID ini mempunyai jaminan bekalan minyak mentah jangka panjang kerana Arab Saudi ialah pengekspot terbesar minyak mentah.

Pemeteraian kerjasama bernilai US7 billion dengan syarikat Arab Saudi ini pasti telah memalukan puak bandel kerana sebelum ini mereka sengaja mencipta fitnah kononnya kedaulatan negara telah dijual oleh kerajaan BN persekutuan kepada negara China disebabkan negara itu melabur di Malaysia.
Jadi sekarang, kedaulatan negara Malaysia dijual pula kepada negara Arab Saudi?

Malah, apakah negara Malaysia sudah lama 'dijual kedaulatannya' kepada Arab Saudi kerana pada tahun 1970an, negara Arab Saudi telah memberi AS$250 juta kepada Malaysia untuk kegunaan projek negara?
Yang terbaru, sudah ada kedengaran fitnah daripada bandel yang kononnya kerajaan BN persekutuan menjual syarikat Petronas kepada syarikat Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco).

Padahal, kerjasama yang dimeterai di antara Petronas dan Saudi Aramco ialah Perjanjian Pembelian Saham (SPA) bagi syarikat minyak Saudi Aramco membeli sebahagian ekuiti dalam aset projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Kompleks Bersepadu Petrolium Pengerang (PIPC), Johor sahaja dan bukan syarikat Petronas itu.

Tuduhan dangkal puak bandel ini ialah satu tuduhan yang sangat jahat, tidak bertanggungjawab dan berbau fitnah. Itulah perangai buruk puak-puak tersebut.

Yang menarik minat MiM apabila membaca lebih lanjut wacana projek ini ialah Kompleks Bersepadu Petrolium Pengerang (PIPC) bakal menjadi satu lagi hab industri minyak dan gas hiliran serantau di rantau Asia.



Lebih menarik lagi ialah projek PIPC akan menjadi tentangan kepada Singapura, negara yang tidak mempunyai sumber asli tersebut tetapi mempunyai loji penapisan minyak ke-7 terbesar di dunia dan juga merupakan salah satu hab industri minyak di Asia.

ExxonMobil's refinery in Jurong Island, Singapore, is the 7th largest refinery in the world.

ExxonMobil pula merupakan syarikat milik Amerika Syarikat dan berada di tangga ke-5 bila dibandingkan dengan Saudi Aramco di tangga ke-1 dari segi hasil pendapatan (tahun 2015)


Malaysia vs Singapura dan Saudi Aramco (syarikat Arab Saudi) vs ExxonMobil (syarikat Amerika Syarikat), dua persaingan yang pasti menarik untuk dikaji impaknya.

Kita tunggu dan lihat jika masih ada lagi puak bandel terutamanya DAP, yang cuba mengagalkan projek ini. Mereka ini patut dikutuk dan ditolak rakyat kerana mereka lebih rela negara Singapura membolot segala faedah daripada industri petrolium ini. 



SHARE ARTICLE :


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "LAWATAN RAJA SALMAN : PEMBOHONGAN MEDIA & PEMBANGKANG"

Posting Komentar