Motif Rafizi Untuk Jatuhkan Azmin Ali?

Siapa yang tidak kenal dengan Rafizi Ramli PKR, spesialis politik yang memburukkan namanya sendiri dengan pelbagai tuduhan yang tidak benar dan berbau fitnah melampau.


Yang sentiasa diingati oleh rakyat ialah kenyataan dia perihal kekayaan melampau anak beranak Dr Mahathir hingga bisa membeli kilang arak dan PETRON. Sekarang, Rafizi PKR bersekongkol dengan Mahathir.


Banyak lagi tuduhan yang telah dinyatakan oleh Rafizi yang disahkan bohong dan fitnah oleh pihak mahkamah. Orang ini juga pernah mengaku bahawa kerjanya ialah untuk menghasut rakyat.


Sekarang ini sudah hingga satu tahap di mana amat sukar untuk rakyat percaya lagi dengan Fizi PKR ini. Apa sahaja yang keluar daripada mulutnya sudah tidak ada nilai, cuma isu ringan yang tidak lagi sensasi dan membuang masa rakyat.

Kita pun tidak faham kenapa pihak media masih mahu hadir sidang akhbar Rafizi. Rasanya tidak perlu lagi, cukuplah melayari Facebook jago politik PKR itu.

Kerana sedar tidak lagi dipercayai oleh rakyat, Rafizi PKR buat skrip baharu. Beliau terpaksa pakai surat Akaun Bersumpah pula. Dan yang menjadi materi ialah Dr Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS, 1MDB dan parti PAS.

Isunya ialah perihal surat akaun bersumpah Rafizi PKR yang men­dakwa Nasharudin Isa telah mendapatkan dana daripada bekas anak syarikat 1MDB iaitu SRC International Sdn. Bhd.

Pertama, kita hairan kerana semenjak bila Rafizi 'amat berminat' dengan hal ehwal parti PAS dan apakah untungnya kepada dia dan parti PKR secara keseluruhannya?

Jika dari segi propaganda, kita tahu Rafizi sengaja mahu sentiasa mengapi-apikan nama 1MDB di pentas politik biar tidak hilang dari perbualan orang ramai. Jika boleh, hujan petir pun mahu disalahkan syarikat 1MDB.

Tetapi rakyat sudah dapat mendapatkan penjelasan-penjelasan yang diberikan oleh kerajaan dan syarikat 1MDB. Seperti kata rakan MiM, kalau nak tahu perihal 1MDB, semua jawapannya ada di dalam web 1MDB http://www.1mdb.com.my

Pengkalan TUDM yang termoden di Sendayan, flying wing PDRM Subang dan 6  kemudahan ketenteraan baharu untuk TUDM dan Polis Diraja Malaysia bernilai RM2.7 bilion oleh 1MDB

Jika begitu, kenapa Rafizi PKR masih mahu berdrama dan menganggap masih ada yang percaya dengan skrip drama terbaharu beliau? Kenapa Nasharudin Mat Isa dan PAS?

Nasharudin telah menafikan sekeras-kerasnya pernah mene­rima apa jua bentuk bayaran atau derma daripada sumber yang didakwa. Tuduhan Rafizi itu juga ialah fitnah dan berniat jahat, katanya lagi.

Dan sekarang, Rafizi bakal berdepan dengan satu lagi tindakan undang-undang oleh Nasharudin. PAS Pusat juga telah menafikan tuduhan Rafizi PKR dan menganggap ianya hanya hear say sahaja.

Dan apabila tersepit skrip drama tidak menjadi, si Rafizi Ramli buat kenyataan kurang terpelajar sekali lagi. Beliau 'menyarankan Nasharudin biar mengisytihar menggunakan kaedah akaun berkanun semua hartanya tahun bermula dari 2012 hingga 2017'.

Jika ikut teori serong Rafizi, yang tertuduh kena tunjuk bukti bukannya si penuduh !

Maka timbul persoalan, apakah tujuan sebenar Rafizi PKR mahu mengeruhkan lagi perhubungan di antara PKR dan PAS yang sudah pun teruk?

Apakah Rafizi mahu mengakibatkan sentimen marah dan tidak puas hati pihak PAS menjelang Muktamar PAS pada hujung bulan April nanti?

Sekarang pun beberapa daerah PAS telah memutuskan untuk tidak lagi berhubungan dengan PKR.

Maka, kalau propaganda Rafizi ini berjaya, ianya akan menyenangkan lagi PAS Pusat membuat keputusan untuk tidak lagi berhubungan dengan PKR dan seorang Menteri Besar dari parti PKR akan bakal jatuh tersungkur.

Dan dengan wujudnya dongeng perihal puak-puak yang tidak sehaluan dalam PKR, apakah Rafizi berniat untuk menjatuhkan Azmin Ali?



SHARE ARTICLE :

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Motif Rafizi Untuk Jatuhkan Azmin Ali?"

Posting Komentar