Video : Guan Eng DAP Malu Besar Di Khalayak Ramai

Satu isu yang menarik apabila berlaku konfrontasi secara terbuka yang memalukan Lim Guan Eng DAP.


Ianya terjadi semasa perayaan Hari Terbuka di Meng Eng Soo Temple, Pulau Pinang yang dianjur oleh Majlis Klan Cina.

Sebelum ini pun, kerajaan DAP negeri dilaporkan telah buat onar kerana telah gagal membayar RM70,000 kepada Majlis Klan Cina selepas penganjuran bersama sambutan Tahun Baru Cina awal tahun 2016.

Paling terang adalah Lim Guan Eng DAP dimalukan di depan khalayak ramai apabila dia diperli oleh seorang pemimpin NGO negeri semasa dia sedang berucap.

Dilaporkan bahawa Guan Eng memberitahu orang ramai kononnya pentadbiran kerajaan DAP negeri telus dalam mengumpul dana yang tinggi dalam rizab kewangan negeri.

Ketika itu, pemimpin NGO bersuara menyindir Guan Eng. Beliau berkata kalau benar memiliki 'rizab yang banyak', kenapa kerajaan DAP negeri masih perlu meminjam wang daripada China?

Lihat video di bawah :



Gambar-gambar Guan Eng yang bermasam muka juga telah viral dalam media sosial.


Malah dalam ucapan Pengerusi Majlis Klan Cina Pulau Pinang, Zhang Wei Lu telah menyuarakan rasa tidak puas hati dalam beberapa isu terutamanya isu penganjuran Perayaan Tahun Baru Cina.

Beliau secara terbuka mendedahkan kelemahan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang dan telah menimbulkan  Tambahan pula, kroni tegar Kit Siang ini juga sedang berdepan dengan 2 kes mahkamah yang amat memalukan seluruh parti DAP.

Beliau didakwa mendapatkan suapan untuk dirinya dan isterinya, Betty Chew dengan meluluskan pertukaran 2 lot tanah pertanian milik Magnificent Emblem untuk pembangunan perumahan dikala mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri pada 18 Julai 2014.

Guan Eng DAP juga didakwa sebagai penjawat awam mendapatkan untuk dirinya sebuah lot tanah dan banglo daripada Phang pada harga RM2.8 juta pada 28 Julai 2015, harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran RM4.27 juta.

Jika merujuk kepada laporan-laporan ihwal isu ini :
1. Guan Eng dan DAP bakal berdepan dengan pengundi-pengundi kaum Cina yang tidak akan mengundi mereka lagi di Pulau Pinang.
2. Jika tidak pun, pengundi-pengundi Cina akan lebih selektif untuk tidak memenangkan Guan Eng di DUN yang dia bakal tandingi tetapi mereka tetap mengundi calon-calon DAP yang berasal daripada Pulau Pinang.
Apakah PRU14 ini akan menjadi medan terakhir untuk Guan Eng kerana ditolak pengundi-pengundi Pulau Pinang?

Kita tunggu dan lihat.


SHARE ARTICLE :

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Video : Guan Eng DAP Malu Besar Di Khalayak Ramai"

Posting Komentar