Akhirnya Mahathir Mengaku Gagal

Akhirnya Tun Dr Mahathir telah mengaku gagal semasa dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.


Media melaporkan kenyataan Dr Mahathir yang mengakui aduan kaum India tidak ditangani dengan baik sepanjang 22 tahun dia menjadi perdana menteri.

Tetapi dia menggunakan pendekatan ala-ala cauvinis DAP apabila menuding jari menyalahkan pihak lain iaitu parti MIC.

“Entah macam mana, peruntukan itu pergi ke kawasan lain." dakwanya.

Persoalannya,
1. Mana mungkin segala bajet negara yang digunakan setiap tahun selama 22 tahun untuk kaum India semasa pentadbiran Mahathir boleh disimpulkan sebagai 'entah macam mana, peruntukan itu pergi ke kawasan lain.'

2. Atau pun wang itu bahwasanya hangus pergi ke kawasan lain yang perlu dibail-out oleh kerajaan semasa pentadbiran Mahathir. Nilai bail-out itu mencecah puluhan bilion ringgit.

2. Tambahan pula, negara Malaysia mempunyai institusi Jabatan Audit Negara (JAN), satu tubuh pengauditan profesional yang berlandaskan standard pengauditan antarabangsa.

3. Institusi ini mengesahkan Penyata Kewangan, mengeluarkan Sijil Audit dan menyiapkan pengauditan Pengurusan Kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Dengan segala bentuk pengauditan yang ketat dan profesional ini, Dr Mahathir masih mahu mendakwa 'peruntukan entah pergi ke mana.'

Sebenarnya, hanya ada satu kesimpulan yang boleh kita capai kalau bersandarkan kepada dakwaan Mahathir ini iaitu dia kurang menitikberatkan sosioekononi kaum India. Tidak ada perancangan khusus untuk kaum India selama 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.

Pelan induk komprehensif ekonomi untuk kaum India kali terakhir yakni pada tahun 1974.

DS Najib Razak pula telah mengusahakan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia sebagai satu dokumen rasmi kerajaan untuk pembangunan komuniti ini untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Di antaranya:
a. RM500 juta diperuntukkan bagi skim dana saham di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi golongan B40 kaum itu.

b. RM900 juta diperuntukkan untuk SJK Tamil di seluruh negara semenjak Najib mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2009.

c. Penubuhan Revolving Fund (Dana Pusingan) berjumlah RM500 juta bagi memenuhi keperluan tunjangan perniagaan kaum India.

d. Intervensi tertentu untuk meningkatkan enrolmen pelajar India di IPTA eperti universiti, kolej dan politeknik kepada sekurang-kurangnya 7 peratus.
Najib juga berkata, membangunkan masyarakat India menjadi kegiatan pentadbirannya semenjak dia dilantik sebagai perdana menteri pada 2009.

Realitinya, kegagalan berterusan Dr Mahathir semasa pentadbirannya untuk membantu kaum India, sudah cukup untuk menyedarkan kaum India.

Sudah terlambat bagi Mahathir menabur 'janji' untuk melaksanakan lebih baik untuk membantu kaum India. Beliau telah diberikan kuasa selama 22 tahun tetapi dia telah gagal melaksanakan 'janji' itu.

Malah kita semua tahu bahawa 'janji' Mahathir itu hanya sekadar umpan untuk meraih undi kaum India.

Cukup-cukuplah.

Yang perlu kaum India lakukan ialah untuk memastikan Barisan Nasional infinit memerintah selepas PRU14 nanti untuk memastikan Pelan Tindakan Masyakat India Malaysia dapat dilaksanakan dengan jayanya.



SHARE ARTICLE :



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Akhirnya Mahathir Mengaku Gagal"

Posting Komentar