Yang pastinya, Lim Guan Eng telah berbohong kepada rakyat apabila mendakwa kononnya kerajaan DAP negeri 'komited dalam usaha memelihara alam sekitar melalui initiatif Cleaner, Greener, Healthier and Safer Penang.'
Pembohongan Guan Eng DAP terserlah apabila berita kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti didedahkan. Beliau juga gagal sebagai pemimpin apabila mengambil pendirian menyorok di belakang parti BN dengan menuding jari kepada pihak tersebut.
Lebih memalukan apabila pemilik banglo terlajak murah yang berdepan dengan kes rasuah ini bekerjsama tidak mempedulikan kesengsaraan penduduk sekitar kilang haram itu. Ianya terbongkar apabila beberapa surat JKKK Kampung Sungai Lembu didedahkan.
Malah, surat JKKP bertarikh 25hb September 2016 itu turut disertai dengan senarai tanda tangan 179 wakil penduduk di daerah terlibat yang mendesak kerajaan DAP agar mengambil tindakan terhadap kilang yang mencemarkan perkampungan mereka.
Bukan itu sahaja, kerajaan DAP begitu terang melindungi aktiviti kilang haram ini apabila segala pendedahan dan rayuan rakan ADUN PKR mereka dibakulsampahkan begitu sahaja. Dan ADUN PKR ini menjadi target puak RBA dan DAP dengan pelbagai penghinaan dan ugutan sehingga ADUN PKR itu bernekad untuk tidak bertanding lagi pada PRU14 nanti.
Jawapan Lim Guan Eng DAP kepada soalan ekspresi wacana berita kilang haram ini pada Sidang DUN 19-24hb Mei 2017 juga amat mendukacitakan. Beliau sendiri mengaku bahawa notis mengosongkan bangunan bertarikh 9 Jun 2015 dan notis berhenti perniagaan sebanyak 2 kali (24 Jun 2016 dan 18 Oktober 2016) telah dikeluarkan oleh agensi kerajaan DAP
Tetapi kilang itu above the law dan masih beroperasi tanpa mempedulikan notis-notis agensi kerajaan DAP. Ianya menyebabkan anggapan bahawa kilang haram itu dilindungi oleh individu yang kuat dalam kerajaan DAP negeri.
Persepsinya ialah individu ini pula mungkin mendapat imbuhan atau mempunyai pertalian saudara dengan pemilik kilang kerana sanggup membelakangi rintihan dan kesengsaraan penduduk kampung yang berkemungkinan besar ialah penyokong Pakatan Pembangkang pada PRU12 dan PRU13.
Di antara kronologi yang diperjelaskan oleh ADUN PKR itu:
18 Februari 2015:Yang pastinya, kerajaan DAP mesti ditolak jauh-jauh pada PRU14 kelak.
Buat lawatan mengejut bersama Pejabat Tanah dan MPSP ke kilang bakar sawdust (habuk kayu) dalam ladang kelapa sawit. Baru dapat aduan yang 40 dari 500 penduduk Sungai Lembu sakit kanser semasa kegiatan ziarah CNY dan mereka khuatir mungkin datang dari aktiviti pembakaran di kilang haram. Rupanya kilang ini telah beroperasi selama 10 tahun dan mengeluarkan asap yang sampai saya kena bawa anak saya ke hospital untuk masukkan gas! Pejabat tanah dan MPSP akan check jikalau ini kilang haram alasannya beroperasi dalam tanah pertanian dan pembakaran tanpa ada proses kawalan. Pekerja-pekerja Myanmar tak pakai face mask pun.
6 Mei 2015 (4.00 pm):
Saya dan pegawai-pegawai ADUN Penanti mendapat aduan kecemasan berlaku kes kemalangan teruk di kilang haram yang saya gres habis mesyuarat untuk merayu pihak berkuasa untuk ambil tindakan tegas bawah sertifikat bangunan Akta 133. Sebelum ini, saya telah bawa 5 permintaan untuk Sidang DUN untuk menguatkuasakan Akta 133 dan lain-lain garis panduan tetapi telah ditolak pada 30 April 2015 tapi saya akan bahas bila Sidang DUN sambung pada 11 Mei 2015 ini insyaallah dengan keinginan kemalangan kebakaran yang gres berlaku tidak akan berulang lagi! Seorang drebar lori gres terbakar 93% dan dikhuatiri tidak dapat diselamatkan apabila terjatuh ke dalam pit yang bakar sawdust habuk kayu yang dibakar menjadi activated carbon untuk water heater.
Saya dah post video dan laporan kepada pihak berwajib mohon kuatkuasakan agar struktur dan garis panduan keselamatan diikut sebelum berlaku lagi kejadian accident macam tadi terhadap drebar lori yang sedang tuang sawdust tapi terjatuh ke dalam tempat pembakaran alasannya tak ada safety procedure.
Berjumpa JKKK kampung Sungai Lembu yang tolong selamatkan driver lori dan reporters suratkhabar Cina yang tengok video dan ikut saya ke kilang haram. Tapi kami diberi amaran jangan masuk dalam kilang haram yang telah beroperasi selama 10 tahun di atas tanah pertanian.
JKKK telah serah senarai penduduk yang mengalami sakit kronik kepada Jabatan Kesihatan untuk siasat punca.
MPSP kata kompaun maksima only RM250.
9 Mei 2015:
China Press dan Guang Ming Daily melaporkan kes kemalangan ngeri yang menyebabkan kebakaran 93% kepada drebar lori di kilang haram. Saya rancang nak bahaskan Isnin ini dalam Sidang Dun memohon state planning committee dan pihak berkuasa menguatkuasakan garis panduan keselamatan dan pencemaran untuk kilang-kilang haram dan aktiviti-aktiviti pembukaan tanah yang tak ikut garis panduan. Doa-doa Tuhan akan sembuhkan saya dan bagi energy untuk naik flight esok dan juga sembuhkan adik saya yang dihantar dari KPJ ke UH just now amin.
Pada tahun ini 2017, saya telah mendapatkan 18 mukasurat petisyen bantahan terhadap kilang haram yang masih beroperasi ini yang ditandatangani hampir 180 penduduk perkampungan. Saya telah bertanyakan status tindakan terhadap kilang ini semasa Soalan Lisan pada Sidang DUN 19-24hb Mei 2017. Kes ini di bawa ke mahkamah tetapi kilang ini hanya di saman RM1,000 saja dan masih beroperasi.
SHARE ARTICLE :
0 Response to "Bukti Kerajaan DAP Zalim : Surat Rakyat Disampahkan!"
Posting Komentar